Belajar ada cabarannya

by - 8:52 PM

'Abid dekat rumah kami Brunswick Street. Hujung bulan pindah lagi :D

Sekarang ni antara yang popular debat pasal survival pelajar luar negara dan dalam negara.

Orang dok kata pelajar luar negara banyak berjalan. Dan pelajar luar negara balas pasal survival diorang dekat sana. 

Adik-adik, rilek! Don't compare kehidupan kita dengan orang lain, it is toooo tiring eh. Trust me. Life is too short to compare yours with others, just embrace your moment, your life. 

Sebagai orang tua yang graduate dari local university, dan sekarang sedang further di oversea, ummi 'Abid dah lalui pelbagai liku-liku study in both local and oversea dah dirasai, dan kedepan juga pelbagai liku akan dilalui. Macam saya dulu pun kalau tak study luar negara tak tahu kepayahan yang ditempuhi dan akan terus2 rasa 'seronoknya' depa dekat luar negara ni, jalan merata. Macam tu.

Bila dah rasa ni, apa yang orang cakap, biarlah depa tak merasa depa tak tahu. Sebab tu la orang putih kata "Never judge a man until you've walked a mile in his shoes".

Tambahan lagi semasa postgrad study ni saya lalui 3 fasa berbeza; bujang, berkahwin, dan beranak. Alhamdulillah. Semua ada cabarannya, semua saya perlu banyak belajar dan belajar.

Tak mudah bagi saya yang just an average women (tak berapa bijak tapi tidaklah tak pandai) nak cope dengan pelajaran sambil juggling with house chores, kid and husband. Semua tu perlukan sacrifices. Ya ya, cliche kan - sacrifice sangat.

Maksud pengorbanan dari sudut saya -> dah tak boleh pentingkan diri/ kepala sendiri. "A mother always has to think twice, once for herself and one for her child." Perlu letak prioriti, kena ada peraturan (maksudnya tersusun sikit, sebab saya ni orang yang suka sesuka-hati).

You May Also Like

0 komen

Komen. Terima kasih.