Post-merdeka write up
Untuk perhatian; this is a late post.
1 September 2016.
So semalam, bersempena anibeseri ummi dan abbati yang ke-2 pada 30 Ogos iaitu dua hari lepas, abbati umumkan bahawasanya 31 Ogos sebagai cuti sambutan anibeseri kami. Dan teruja kami bawa 'Abid pergi tengok hari perarakan yang rakyat Ipoh sedia untuk kami. Kehkeh. Ok, merapu!
Tapi betul, semalam 31 Ogos 2016, kami bawa 'Abid pergi tengok perarakan hari kemerdekaan. Guess what, of course ummi was the one who over exited watching the parade. And it was the 2nd parade 'Abid experienced after the one when we were in Keukenkof, and his 1st merdeka celebration here in Ipoh, Malaysia.
Ummi masih ingat, semasa kecil ayah selalu bawak kami adik beradik tengok perarakan kemerdekaan. Ayah seorang bekas tentera, jadi semangat kemerdekaan ayah tinggi. Ketegasan ayah pun tinggi. Eheh. Siapa anak tentera atau bekas tentera pasti faham bertapa tegasnya mereka ni. Tapi dalam ketegasan mereka, hati dan kasih mereka tak berbelah bagi buat anak-anak.
Flash back on the last two years, during my departure to UK, to continue my doctoral study, ayah as usual have not showing any sign in his face nor action. Finally when it is about time for check in, time to bid a farewell, I'm hugging ayah, crying like a baby.
Ayah, keras. Kaku. Matanya merah.
Tangan ayah keras tak menyambut pelukan ummi. Dan waktu itu ummi sedar bahawa ayah itu sedang kuat melawan rasa. Ayah sedih, tapi harus kuat. Ayah hatinya robek membiarkan anaknya bepergian menuntut ilmu seorang diri. Kali ini bukan di Malaysia, tapi nun jauh di bumi ratu, England. Spesifiknya, Sheffield.
Itulah ayah.
0 komen
Komen. Terima kasih.