Murid-muridku Bakal Pengantin: Inilah Wasiatku

by - 2:56 PM


OLEH SS USTAZ DATUK DR ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI


Untuk renungan dan muhasabah buat ummi dan abbati, ini selepas pernikahan kami 30 Ogos 2014.


Murid-muridku Bakal Pengantin: Inilah Wasiatku
Lafaz Alhamdulillah kami rafa’kan setinggi-tinggi kesyukuran kepada-Nya atas pelbagai limpahan nikmat daripada-Nya. 
Warkah kali ini ditujukan kepada bakal pengantin dalam kalangan muridku, antaranya: 
Nur Izzati Ilias
Ahmad Najmi Khalilullah
Muhammad Amjad
yang bakal melangsungkan perkahwinan dalam minggu ini.
Kami noktahkan wasiat seperti berikut:
• Sentiasalah bertaqwa kepada Allah iaitu rasa takut kepada Allah, beramal dengan al-Quran, redha dengan rezeki Allah dan persediaan untuk hari akhirat. Inilah takrifan Saidina Ali RA berkenaan taqwa.
• Mengikut sunnah para Rasul. Daripada Abu Ayyub RA, katanya, Rasulullah SAW bersabda: 
أَرْبَعٌ مِنْ سُنَنِ الْمُرْسَلِينَ الْحَيَاءُ وَالتَّعَطُّرُ وَالسِّوَاكُ وَالنِّك
Maksudnya: “Empat perkara yang merupakan sunnah para rasul, iaitu sifatmalu, berwangi-wangian, bersugi dan nikah.”
Riwayat al-Tirmizi (1080)
Nas ini menunjukkan perkahwinan atau pernikahan merupakan sunnah para Nabi dan Rasul. Justeru, mengikutnya bermakna mengikut semua Nabi sudah pasti membawa banyak kelebihan dan kebaikan.
• Bangunlah solat malam walaupun dua rakaat, kerana besar keberkatannya.
• Bermusyawarahlah dengan cara yang baik.
• Ingatlah masing-masing mempunyai banyak kelemahan, Cuma redha dan lihatlah kelebihan masing-masing, begitu juga lihatlah kelemahan dari sudut positif.
• Makanlah rezeki Allah mengikut seadanya, itulah keberkatan.
• Elakkan daripada berhutang supaya mungkin ini kerana merungsingkan jiwa dan menggerhanakan kehidupan.
• Lazimilah majlis ilmu walau sekali seminggu. Inilah muhasabah diri secara tidak langsung dan menambahkan ilmu makrifat dalam kehidupan.
• Cubalah kaki kita menapak ke masjid walaupun seminggu sekali, antara nikmat indah hidup berkeluarga dapat menapak kaki ke masjid dengan keluarga.
• Bacalah al-Quran setiap hari walaupun satuayat Cuma, lebih baik fahamilah maksud dan maknanya untuk dijadikan pedoman dalam hidup. 
• Kepada bakal Isteri jadilah isteri yang solehah penyejuk mata hati suami. Daripada Abu Umamah RA, Rasulullah SAW bersabda:
مَا اسْتَفَادَ الْمُؤْمِنُ بَعْدَ تَقْوَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ، خَيْرًا لَهُ مِنْ زَوْجَةٍ صَالِحَةٍ، إِنْ أَمَرَهَا أَطَاعَتْهُ، وَإِنْ نَظَرَ إِلَيْهَا سَرَّتْهُ، وَإِنْ أَقْسَمَ عَلَيْهَا أَبَرَّتْهُ، وَإِنْ غَابَ عَنْهَا نَصَحَتْهُ فِي نَفْسِهَا وَمَالِهِ
Maksudnya: “Seseorang lelaki itu tidak akan mendapat apa-apa kebaikan selepas takwanya kepada Allah SWT lebih dari isteri yang solehah. Jika disuruh oleh suami, ia taat, jika suaminya melihat kepadanya, ia menyenangkannya, jika bersumpah, nescaya ia dapat membuktikannya dan jika di tinggalkan pergi oleh suaminya, ia menjaga diri dan menjaga hartanya.”
Riwayat Ibn Majah
Dan daripada Abdullah bin Amr RA, katanya, Rasulullah SAW bersabda:
الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ
Maksudnya: “Dunia merupakan keseronokan yang bersifat sementara dan keseronokan yang paling baik di dunia ialah wanita yang solehah.”
Riwayat Muslim (1467)
Sesungguhnya, mereka yang mempunyai isteri yang solehah sudah pasti mendapat ketenangan dalam jiwa sebagaimana yang terdapat dalam banyak nas al-Quran dan hadis. Hadis seterusnya pula menunjukkan sebaik-baik perhiasan ialah isteri yang solehah.
Akhir kalam, sekali lagi kami ucapkan dengan lafaz:
بَارَكَ اللهُ لَكُمْوَبَارَكَ عَلَيْكُمْ وَجَمَعَ بَيْنَكُمْ فِي خَيرِ
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
GURUMU,
SS USTAZ DATUK DR ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI
MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN
5 ZULHIJJAH 1437H BERSAMAAN DENGAN 7 SEPTEMBER 2016M
1100 PAGI- DESA JATI BANDAR BARU NILAI

You May Also Like

1 komen

  1. Hay guys selamat pagi
    Nama saya jeslin

    Yuk mampir bentar dan dilihat-lihat disini www.casinoqiuqiu.com
    Deposit dan withdraw hanya RP:25.000
    Bonus rollingan hingga 1% loh

    TERSEDIA 5 GAME DALAM 1 AKUN

    *BACCARAT
    *RAOULETTE
    *SICBO
    *DRAGON TIGER
    *SLOT GAME

    Untuk layanan yang lain Anda bisa menghubungi kami melalui YM, Livechat, dan BBM yang sudah kami

    sediakan dibawah ini ya.
    Livechat ; https://goo.gl/aLIle3
    *FACEBOOK: kasino qiuqiu
    *BBM: 2BF7247C
    *YAHOO:CASINO QIUQIU
    *CALL: +855963601198

    Buruan gabung all,salam hoki dari jeslin buat kalian semua ya...

    ReplyDelete

Komen. Terima kasih.