Jiwa yang bersyukur
BISMILLAH AR-RAHMAN AR-RAHIM (بسم الله الرحمن الرحيم )
Allahumma salli 'ala Sayyidina Muhammad wa `ala ali sayyidina Muhammad
Ketika Nabi Muhammad ‘alahissola tu wassalam menceritakan kepada
ahli suffah tentang syurga, tentang perincian syurga yang merupakan puncak
kelazatan seorang yang beriman, maka mereka ini tersenyum lebar dan meredhai
kekurangan dunia yang mereka miliki.
Ahli suffah dan fuqora’ itu sangat miskin tetapi mampu menjadikan syurga
itu penawar sehingga mengenepikan dunia, apatah lagi kita yang punya banyak
kemudahan yang ALLAH berikan.
*
Saat memulakan penulisan di blog, ia sesuatu yang menggembirakan kerana saya merasakan mampu kuat dalam berlayar di lautan menuju destinasi yang diredhai. Ia saat yang bahagia apabila diri menjadi seorang ghuraba', yang asing bagi para pembaca. Namun apabila ramai yang sudah mula kenal nahwanNur, diri ini mula merasa rendah, kerdil, kerana siapa yang kenal diri ini tahu bertapa lemahnya diri ini sebenarnya berbanding penulisan. Terkadang saya sendiri gagal melaksana apa yang dititipi di blog.
Namun, alhamdulillah summal hamdulillah. Rupanya itu nikmah, ia rahmat ALLAH yang baru saya sedari. Ia nikmah ALLAH untuk saya muhasabah setelah menulis. Ini perjalanan, yang perlu saya lalui. Dan pasti akan di lalui, sehingga pengakhiran umur saya. Dan tiadalah pengharapan lain selain ia punya manfaat buat diri sendiri, nasihat serta peringatan buat diri sendiri, tarbiyyah buat diri sendiri, dengan apa penulisan di sini, menjadi rujukan buat diri sendiri juga.
"Syurga itu ubat dan penawar."
Ia kekuatan yang ALLAH tiupkan. Di sebalik tanggungjawab yang di galas, mungkin di sini juga tanggungjawab. Saya mungkin tidak berapa kuat, tidaklah baik, tapi semoga diri ini sentiasa berusaha, dan semoga ALLAH memberi kekuatan dan sentiasa membimbing hati ini dalam mencari redhaNya. Mardhatillah ~
1 komen
Alhamdulilah, semoga kita menjadi manusia yang bersyukur
ReplyDeletepls visit..
Quarzel Camera Bags
Komen. Terima kasih.