Memeluk Mardhatillah
Kawan,
bukan semua mahu diri luahkan
cuma harapan mampu memberi pengajaran
dalam menghidup syariat Tuhan
Tanpa harapan,
tiada gerakan,
tanpa suara
seakan kosongnya jiwa
Mencoret, terus jua mencatat
Memahami bahasa ALLAH Al Wadud
Dari bentangan alamNya
Menari tinta meluah rasa
tiada lain buat mendaki tangga redhaNya
Moga segalanya dipersembah buat ALLAH Al Malik
Dengan sedikit kefakiran
Moga ikhlas mampu memeluk jiwa hamba
Mendakap mardhatillah
nahwanNur
Mujamma' Assyai'idah Halimatus Sa'adiah
Gombak
1 komen
Masha Allah..sukanya baca setiap entry dalam blog sis.
ReplyDeletekeep it up sharing good thoughts from your inner mind and heart:)
Saya budak baru belajar dalam dunia blogger
Sudi singgah blog saya dan komen jika ada kelapangan masa ^^,
http://fatirahmohdkasim.blogspot.com/
Salam ukhuwah sis :)
Komen. Terima kasih.