ZAMAN; Ini hanya dari fikiranku.
BISMILLAH AR-RAHMAN AR-RAHIM (بسم الله الرحمن الرحيم )
Allahumma salli 'ala Sayyidina Muhammad wa `ala ali sayyidina Muhammad
Teringat kata Sayyidina Umar Al-Khattab radhiallahu anhuma kalau tak silap;
"Didiklah anakmu mengikut zamannya."
Lebih kurang begitu.
Setiap zaman itu ada pembawaan dan cabarannya dalam mendidik anak, dan diri kita. Yang penting untuk kekal dalam acuan Al-Quran dan sunnah Rasulullah alahissola tuwassalam.
Ni nak mendidik diri. Ayahbonda kita mungkin sudah buat sehabis baik memberi didikan seperti yang di anjurkan oleh Islam, sementelah adanya akal (dah dewasa dah boleh fikir sendiri), maka kitalah yang perlu membimbing diri.
Dengan gejala yang ada sekarang, sama-samalah kita beristighfar ( أستغفر الله ) kerana pasti kita turut bersalah kerana leka dengan urusan sendiri, saling mengata dan menyalahkan, sehingga musibah Allah turunkan sebagai episod peringatan bahawa kita punya tanggungjawab sesama insan.
Wahai diri sendiri, adik-adik remajaku, sahabat seumurku, kakanda yang lebih berilmu, ayahbonda yang sarat dengan pengalaman, insha-Allah sama-sama kita saling memperingati, mengasihi tanpa hasad dan benci, saling menegur dengan kadar kemampuan diri (jangan sentiasa menganggap diri lemah sehingga tak mahu menegur dan berkongsi ilmu yang baik), saling berlapang dada, saling mendoakan, saling mengajak menuntut ilmu agama. Mungkin kita tidak mampu bergerak sendiri, dan kita perlu menarik tangan-tangan yang memerlukan untuk bersama mencapai redha Allah. Kerana syurga Allah itu terlalu luas untuk semua hambaNya.
Adik-adik, ada kakanda yang mengasihi. Untuk mengasah generasi pewaris nabi. Sahabat dan kakanda, ada ayahbonda yang mengharap penyambung wadah perjuangan pembimbing masa depan.
Bumi yang kian uzur menunggu masa janji Ilahi, kita tiada masa dengan kata nista, saling mengata, saling menyalahkan, saling menuding sana dan sini, sedang syaitan laknatullah itu ketawa berdekah-dekah melihat sengketa para manusia yang punya satu syahadah.
Wahai diri dan sahabat, adik-adik, kakanda dan ayahbonda, jangan terlalu kalut dengan kelemahan mu. Kerana terlalu banyak kelebihan kerunia Allah yang boleh diguna untuk agama. Jika diri mu lemah dalam berkata-kata, maka kamu mungkin ada kekuatan dalam tulisan. Jika kamu buntu untuk membantu, kamu hanya butuh percaya bahawa kamu ada dan pasti ada sekurang-kurangnya satu kelebihan untuk menyumbang, cari dan galilah kelebihan itu. Kamu hanya perlu percaya pada diri. Hatta sebuah senyuman yang berpanjangan, maka percayalah kelebihan senyuman itu mampu menutup sengketa disekeliling mu, mampu kamu menarik orang itu sama dalam perjuangan mu mencari ilmu Allah dan redha Nya.
Beristighfarlah ( أستغفر الله ) wahai jiwa-jiwa yang besar, kerana kita terlalu lemah tanpa Allah. Dan beristighfarlah kerana kelewatan dan kelemahan dakwah kita dek kerana leka mengejar kejayaan sendiri, leka dengan dunia kemewahan, pendapatan lumayan, kebahagian keluarga sendiri, sehingga kita lupa ada jiwa yang menanti berbahagi kasih, menunggu sapaan berupa nasihat dan teguran. Mungkin itu asbab Allah tidak menolong dalam beberapa hal kehidupan kita kerana kita tidak menyumbang apa-apa pada agamaNya. Mungkin.
Kita bakal berkumpul di mahsyar, tidakkah gigil pabila di akhirat nanti ada yang datang menuntut haknya untuk dibimbing? Ya diri ini takut dengan kelemahan diri sendiri, dosa diri sendiri, namun atas ilmu yang sedikit yang diperolehi tanpa dikongsi, mungkin ia mampu menambah tuntutan manusia di akhirat kelak dan jadilah kita fakir dan miskin tegar malah muflis?
Jika andainya ada masa dan kemahuan, pergilah bertanya kepada mereka yang terlibat memasuk rasa kebencian pada dirimu atas perbuatan maksiat mereka, dan tanya lah kenapa. Pasti ada jawapan yang boleh dimuhasabahkan, dan mencari jalan untuk sama-sama menarik jiwa dari lembah kehinaan untuk sama merasa sebuah kemanisan iman. Mereka yang di sana, mungkin tidak bernasib baik seperti kita yang punya peluang untuk belajar agama, punya kekuatan dan kesungguhan tanpa ada yang membimbing.
Tinggallah kata hina dan nista, dan lazimkanlah kata nasihat dan bimbingan. Kerana ada beza yang besar atas dua kata ini. Ada jurang besar pada penilaian yang Maha Tahu, Allah subhanahu wa ta'ala.
Kerana.
Syurga itu impian dan fitrah bagi siapa yang mengucap syahadah.
Dan syurga itu terlalu luas, untuk hanya diduduki oleh kita, mahupun keluarga kita sahaja, sahabat handai yang rapat, mahupun hanya jemaah kita sahaja.
Ini hanya dari fikiranku.
Yang juga mengharap bimbingan dari semua.
1 komen
masya Allah..ya ukhti.. bagusnya tulisan ukhti...
ReplyDeleteKomen. Terima kasih.