Hidayah ALLAH

by - 2:48 PM

Saya selalu dengar Ustaz/ Ustazah nasihat untuk kerap berdoa supaya ALLAH sentiasa memberi dan mengekalkan hidayah-Nya buat kita. Kerana kita ini manusia yang imannya naik dan turun. Bicara tentang iman ini, slot 'Tanyalah Ustaz' hari minggu yang lepas bertajuk sekitar tangga iman. Ustaz tersebut (saya lupa nama) menyatakan bahawa tangga iman kita (manusia biasa) adalah berbeza dengan para rasul dan nabi, juga malaikat. Menurut Ustaz didalam hadith ada menyatakan yang menggambarkan bahawa, iman kita manusia biasa ini naik dan turun, iman para rasul dan nabi digambarkan seperti menaiki bukit, iaitu sentiasa meningkat, manakala iman para malaikat adalah mendatar, ini kerana para malaikat adalah sentiasa menuruti apa yang diperintahkan ALLAH atas suatu hal tanpa berpaling. 

Begitu hakikatnya saya kira yang menyebabkan kita digalakkan untuk sentiasa berdoa supaya sentiasa diberi hidayah oleh ALLAH subhanahu wa ta'ala. Sebab itu jugalah adanya doa dari hadith nabi sallahu 'alaihi wasallam iaitu:

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ
Wahai Robb yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu.

[HR.Tirmidzi 3522, Ahmad 4/302, al-Hakim 1/525, Lihat Shohih Sunan Tirmidzi III no.2792]

Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda:

اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ
Ya Allah yang memalingkan (membolak-balikkan) hati manusia, palingkanlah hati kami di atas ketaatan kepada-Mu.
[HR. Muslim (no. 2654)]

Doa ini pertama kali saya dengar sewaktu mendengar kuliyyah dari Tok Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat (moga ALLAH kurniakan beliau kesihatan dan kesempatan yang lebih untuk sama menyebarkan agama dan kefahaman tentang Islam yang syumul kepada kita. Aamiin).

Sebenarnya nak cerita satu cerita tentang hidayah. Baru-baru ini saya diberi kesempatan berjumpa teman yang lama dah tak bertemu, mungkin dalam 10 tahun lebih. Dipendekkan cerita setalah 2 hari merancang, hari ke-3 kami bertemu. Awalnya kami hanya bicara hal perkembangan diri sendiri. Almaklum lamalah tak berjumpa. Tidak lama dia mula bercerita tentang penghijrahannya (saya yakin ia hijrah kerana hidayah yang ALLAH beri). 

Alkisahnya dia jarang solat, dia kata, rasa macam tak pernah solat. Bukan sebab tidak tahu, mak tidak suruh, suami tak ajak, atau apa. Cuma hatinya tiada untuk solat. Dia bukanlah seperti orang lain yang kita dengar mendapat hidayah daripada mimpi, musibah atau sebagainya. Namun dia ceritakan ada suatu hari tiba-tiba dia merasakan sangat takut akan kematian. Hatinya tak keruan, kerja tidak berapa dia hiraukan. Segala urusan dunia terasa asing padanya, tetapi hatinya merasa takut yang amat tanpa tau apa sebab ketakutannya. Yang pasti, dia takut mati! Dan bertitik tolak dari itu, dia bermuhasabah dan sedikit demi sedikit mula belajar mengaji, memperbetulkan cara pemakaiannya dan sebagainya. 

Begitulah hidayah, ia total milik ALLAH. Saya teringat pesanan Al-Imam Al-Ghazali Rahimahullah yang bermaksud (lebih kurang):
Apabila melihat orang yang melakukan maksiat, maka rasakanlah kita lebih hina, kerana mungkin dia melakukan maksiat kerana kejahilannya, padahal kita melakukan maksiat walau mengetahuinya. Dan berdoalah orang itu dan kita agar mendapat hidayah dari ALLAH. 

Mengingati kalam ini membuatkan saya sangat sedih, kerana memikirkan sahabat saya tadi, bahawa dahulunya dia tidak solat dan mengaji dan sebagainya itu kerana kejahilannya. Walhal saya mengerjakan solat dan terkadang tahu hukum hakam tetapi masih melakukan maksiat. Hinanya! Astaghfirullah.

Marilah sama-sama kita berdoa supaya ALLAH mengekalkan dan menambahkan hidayahNya buat sahabat saya, diri saya, dan kita semua, terutamanya orang yang dekat dengan kita dan saudara semuslim kita. Tanpa hidayah ALLAH, belas kasih ALLAH, rahmat ALLAH, kita benar-benar bukan siapa-siapa!

Irhamna Ya ALLAH, Ya Arhamarrahimin.

You May Also Like

7 komen

  1. Assalamualaikum....

    Saya suka baca coretan ni...adakalanya kita cuba tapi ht kita x seteguh tu..MOga Allah x membolak balik iman kita....

    ReplyDelete
  2. Kita hamba Allah...mampu berdoa DIA yang menentukannya.

    ReplyDelete
  3. Jika belum mencapai IKHLAS, memang syaitan boleh menguasai diri, berlakulah sangsi, resah, bolak balik hati

    Sedangkan Hati itu Istana Raja, Allahu jika sesiapa dapat IngatNya sentiasa

    sebab tu di seru, Banyakkan menyebut Allaah
    Ingat dan sebutlah Allah sebanyak banyaknya

    Kebenaran itu akan menelan kebatilan

    dapat tak lihat, betapa jika lidah kita lalai, menyebut Allah, memang akan berlakulah bolak balik hati

    sebab tu Awal Agama mengenal Allah
    silakan ya

    ReplyDelete
  4. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
    surah alAnkabut(29:2)

    tambah pengetahuan tafsir alQuran ?
    http://www.farhathashmi.com/english-section/

    dear admin, thanks for sharing.

    ReplyDelete
  5. Post yang bagus dan menarik!, akan menambah keimanan dan wawasan bagi pembacanya!, terimakasih.

    ReplyDelete

Komen. Terima kasih.