Jika saja saya mampu menyeka air mata itu

by - 11:12 AM

1
Apabila seseorang di dalam tekanan, perkara yang kecil juga pasti sangat mengganggu. Dan apabila yang kecil-kecil itu bergabung di dalam satu keadaan, maka ia pasti sangat besar dan membebankan. Disaat ini, manusia biasanya cenderung bertindak di dalam mood atau emosi yang tidak terjangka. Bagi yang kuat memahami bahawa ini semua tidak lebih dari suatu ujian dan bakal di timbang kelak atas kesabaran mereka, maka mereka akan lebih kuat menghadapi hari-hari dengan bersabar.

2
Saya memahami, bahawa setiap manusia menghadapi pelbagai tekanan, begitu juga saya, tekanan pelajaran yang kini berada dipenghujungnya. Saat ini, jika pun saya mendapat hanya sepatah perkataan positif dari supervisor, pasti saya merasa amat-amat bersemangat dan lega. Dan walaupun kami diberikan hanya satu negative feedback, lalu itu juga amat mudah membuatkan kami down atau kurang bersemangat. Namun, lebih memberat, disebalik tekanan pelajaran, setiap seorang juga punya masalah personal sendiri, samada yang melibatkan keluarga, sahabat, mahupun sesuatu yang bukan berkenaan diri sendiri namun kesannya sehingga ke dalam diri sendiri.

3
Saya memahami dari sembang bicara kami, bahawa, kami seringkali menangis sendirian, dan terkadang air mata itu sendiri tidak mampu menolak ‘ujian’ itu jauh dari hati. Hendak diluah tiada bahasa, hendak berbicara tiada suara. Dan bak kata seorang sahabat saya; ‘Di telan mati emak, diluah mati ayah’. Na’uzubillahi min zalik. ALLAH…
Saya memahami bahawa, kehidupan ini suatu perjalanan yang penuh ujian, kesakitan, dan tidak kurang juga kegembiraan dan peluang terbaik untuk kita mencari redha ALLAH subhanahu wa ta’ala.
Namun, saya juga merasakan bahawa, ada suatu ketika manusia itu terkadang lemah tak berdaya, perlunya pembimbing dalam mengharungi badai dan dalam menyelami lautan manfaat di sebalik gelora dan ombak.

4
Saya mungkin tidak mampu membantu menyelesaikan masalah, ataupun bersama menggendong tekanan, tetapi saya berharap saya mampu menjadi pendengar, sama menangis, mengesat air mata mereka, sahabat-sahabat yang sangat saya sayangi.
Kawan, kita mungkin berbeza cara, namun fitrah kita sama, amanah kita sama, dan saya juga lemah seperti kalian. Saya juga punya masalah seperti kalian, dan mungkin saya juga memerlukan kalian lebih dari kalian memerlukan saya yang terlalu banyak kelemahan ini. Tetapi kawan, jika kalian izinkan saya bersama, izinkan saya titipkan sesuatu,  walau mungkin tidak bisa meringankan tekanan.
Kawan, saya sentiasa mahu memasakkan dalam hati, bahawa ujian ini tidak lebih seperti desiran angin yang meniup debu yang memedihkan mata, namun ia mampu pulih di dalam sela masa yang singkat, setelah ada yang meniupkan kelopak mata, mahupun sendirian mengerdip mata. Saya tiada bahasa indah, hati saya juga mungkin tidak bisa memahami, tetapi saya tahu kita ada ALLAH yang sentiasa mengiringi.

You May Also Like

11 komen

  1. hanya dengan sekaan air mata itu pun sudah mampu meringankan beban dihati...

    ReplyDelete
  2. لاحول ولاقوّة إلاّ بالله

    keep spirit always smile

    ReplyDelete
  3. Air mata yang berderai siapa yang menghapuskan, Hati kering dan gersang siapa yang meneduhkan....... laskaR pelangI

    ReplyDelete
  4. terima kasih...sy sgt menyukai kata2 yg begini..

    ReplyDelete
  5. bahagia...jika kita dapat berbagi dengan sesama....

    ReplyDelete
  6. andai ada yg sudi mnyeka air mataku dan meminjamkan bahu"y padaku saat aku merasa rapuh...
    tapi smu itu hnya mimpi krn aku slalu sendiri gak ada yg perduli padaku...

    jdi nanggis baca Artikel ini serasa diri bercermin...:'(

    ReplyDelete
  7. Sedih bacanya :|
    Paket wisata karimun jawa, buka http://karimunjawamenjanganresort.com

    ReplyDelete

Komen. Terima kasih.