Teguran dan Perkongsian

by - 3:25 PM

Manusia tidak pernah sunyi melakukan kesilapan, dan tidak akan berhenti melakukan kesilapan. Atas sedar atau di bawah sedar. Tetapi lumarahnya, manusia tidak sedar atau buat-buat tidak sedar dengan kesilapan yang telah di lakukan. Dalam semua itu, ada suatu ubat yang boleh sedikit menyedarkan manusia akan khilaf dirinya. Iaitu, teguran.

Salah satu fungsi manusia dengan manusia adalah perkongsian. Sama ada baik atau buruk, suatu yang ingin di kongsi bersama pasti mampu membawa kebaikan. Tinggal lagi cara kita berkongsi. Antara perkara yang kurang di sedari adalah teguran. Percayakah kalian kalau saya katakan teguran itu suatu perkongsian? Ya kan.

Seseorang menegur kita pasti atas suatu dasar mahu membantu kita 'melihat' kesilapan dan kelemahan atas perbuatan kita. Cuma, bila mana suatu teguran itu di sampaikan secara salah cara, atau kurang tepat, ia mampu melukakan. Jadi, pasti ada hati terluka bukan?

Berfikirlah secerah mata hati yang sentiasa di pimpin iman. Teguran itu merupakan perkongsian dua hala. Lalu, berkongsilah secara baik dan adil. Orang yang menegur haruslah menjaga kata, dan orang yang di tegur itu perlulah berlapang dada. Jika rasa baik walau sakit, maka ambillah ibrahnya.

Yang baik itu suatu anugerah dan yang sakit itu adalah tarbiyyah. SubhanALLAH, teguran itu merupakan suatu perkongsian yang indah bagi semua yang mahu berfikir.

You May Also Like

3 komen

  1. terima kasih atas teguran ini.... Laskar Pelangi

    ReplyDelete
  2. bak kata prof muhaya.

    sukakanlah teguran lebih daripada sukakan pujian...

    ReplyDelete
  3. bak kata prof muhaya.

    sukakanlah teguran lebih daripada sukakan pujian...

    ReplyDelete

Komen. Terima kasih.