Teguran itu perkongsian II

by - 10:17 AM

Menerima teguran itu pahit awalnya, insyaALLAH manis hujungnya. Kemanisan atas keberhasilan merubah atas sesuatu yang ditegur. Dan perubahan bukan atas sebab orang yang menegur, tetapi semuanya kerana ALLAH. Mardhatillah.

Namun, atas nafsu yang namanya amarah, penerimaan pada teguran itu pada awalnya tersasar dari kewarasan. Kita terguris, menangis dan pasti mempersoal. Hati yang terguris pasti merasakan teguran itu tidak adil, bias atau kontra dengan si penegur. Nafsu amarah memaksa diri salah meletakkan teguran lalu menentangnya. 

Nafsu adalah musuh yang paling sukar kita tawan, ramai orang-orang yang hebat di medan ( ibadat ) tewas dalam perjuangan menentangnya. Kalau kita ditawan, adakah kita berdiam diri saja, pasti kita akan mencari jalan melepaskannya. Oleh itu siapkan dirimu dengan senjata ibadat dan zikrullah.Pakailah pakaian tawqa dan akhlak yang mulia dalam kehidupanmu dan bersihkanlah luka-lukamu ( dosa-dosamu ) dengan air taubat,kuatkan benteng iman nescaya kamu akan selamat menjadi tawanan nafsu.
- Ustaz Mustafa Kamal

Cukupkah dengan hanya mengakui kelemahan dan kekurangan yang telah ditegur, dengan harapan orang akan menerima kita seadanya? Sedangkan ALLAH menjadikan kita sebaik-baik kejadian yang mempunyai akal untuk bermuhasabah, yang mempunyai iman untuk menggerakkan diri untuk berubah.

Satu tindakan lengkap adalah apabila kita sedar kita insan lemah, maka kita akan mula menggerakkan minda & hati untuk bermuhasabah
, kerana kita tahu hanya ALLAH lah yang maha sempurna. Seterusnya, kita berusaha untuk berubah akan kebaikan, kerana bukan lain hanya kita mahu pulang kepada ALLAH sebagai sebaik-baik hamba-Nya. Dan baru akhirnya kita bertawakkal sementelah usaha kerana kita tahu bahawa ALLAH lah letaknya segala ketentuan.

Ingatlah, ALLAH menjadikan kita berakal, dengan akal ALLAH beri untuk kita sentiasa menuntut ilmu. Dan dengan ilmu itulah waras fikiran kita mampu bermuhasabah dan bertindak untuk berubah. Dan lengkaplah manusia itu sebagai sebaik-baik kejadian.

Jadi atas kesedaran sebagai hamba ALLAH yang punya kelemahan namun mahu pulang kepada-Nya dalam keadaan terbaik, bergeraklah ke arah positifnya sesuatu teguran. Mula berlapang dada dan memanjatkan seikhlas kesyukuran, kerana di dalam teguran manusia itu ada teguran yang datang dari ALLAH. Letakkan iman untuk berlaku adil pada diri mencari hikmah di sebalik teguran, berbanding nafsu amarah yang ada.

Jadikan imanmu pada keadilan dan hikmah Allah lebih agung dari percayamu pada pendirian, logik dan akal fikiranmu yang genius itu.
- Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre

Bermuhasabahlah, lalu letakkan titik usaha, bergerak memperbaiki menyempurnakan niat serta usaha, seterusnya bertawakkal. InsyaALLAH kemanisan itu pasti akan dirasakan di dalam diri.

We are taught to assist one another in matters of goodness, righteousness & piety, and abstain from rendering any form of assistance in matters of transgression, evil & enmity.

One who assists in anything is considered a party to it in reward or sin depending on the deed.

Whether it is a friend, business partner or family member, we must never allow the link to make us feel obliged to assist in what is wrong.

S5:V2
 
- Mufti Ismail menk

Jadi, kita sebenarnya harus lebih mengucapkan terima kasih kepada sahabat kita yang menegur kerana teguran itu salah satu bentuk 'assists'. 
p/s: Terima kasih ya ALLAH atas teguran dan sahabat itu dunia akhirat. Semoga usaha ini diiringi redha dan bantuan ALLAH. ALLAHu yusahhil lana. ALLAHu al-Musta'an. 
Dan alhamdulillah terima teguran lagi, secara umum dari status kawan di FB yang menyatakan begini;


"Camnela nak tgur kawan2 tu ye..mungkin dah mewah..susah nak tegur..ermm..nak pulak bila ditegur minta ditegur secara berhikmah, tapi taknak pulak menghikmahkan diri memikirkan teguran dari Allah Swt... kita tegur ni pun, atas arahan...ermm...gituleer.."

ALLAHu ALLAH. Terima kasih kakak. Terima kasih kawan-kawan yang sudi menegur.

You May Also Like

4 komen

  1. Terima kasih kerna memberi teguran II ................. lasKar pelaNgi

    ReplyDelete
  2. Hey,
    when you still at Semarang, why dont you try to visit mebel jepara
    , i bet you won't regret it.
    for further information, please visit http://jatiindahfurnitur.com

    ReplyDelete

Komen. Terima kasih.