Konsep di dalam Ilmu rekabentuk
Jika di selak lembar sirah terdahulu, empayar Islam berkembang pesat saat wujudnya ilmuan Muslim yang menjuarai pentas kecemerlangan di dalam aspek kehidupan. Mereka, bukan sahaja menguasai sesuatu bidang Ilmu, malah cemerlang dalam menguasai bidang tersebut. Cemerlang di sini bermaksud mereka benar-benar menguasai bidang Ilmu tersebut, bukanlah ala kadar seperti pelajar kita hari ini.
Berkata ibnu atthailah al Iskandari di dalam kitabnya Al Hikam dan melalui syarah Syeikh Said Hawa yang bermaksud;
‘Khairul Ilmi’ ma kaanatil khassyah ma’ahuIlmu yang paling baik adalah yang di sertai dengan perasaan khassyah
Khassyah yang dimaksudkan adalah rasa takut kepada ALLAH swt yang di sertai mengagungkan ALLAH swt.
Dalam melihat samada ilmu yang di tuntut bermanfaat, maka lihatlah pada hasilnya. Jika merasa semakin takut pada ALLAH az Zawajalla, semakin baik dan banyak ibdah kita keranaNya, maka itulah tanda ilmu itu benar-benar bermanfaat. Lalu jika sebaliknya, yang terzahir hanya rasa besar diri, superiority dan ujub, maka ada perkara penting yang telah di kesampingkan oleh kita dalam memahami maksud ilmu tersebut.
Saya ada bercerita tentang pentingnya sentiasa meletakkan agama dalam praktis ilmu pada seorang sahabat yang bukan di dalam pengajian kami.
‘Suatu hari pensyarah kami pergi ke suatu ceramah. Dia bertanyakan kepada seorang ustaz. ‘Ustaz, jikalau saya membina sebuah taman, dengan tujuan asalnya adalah baik, namun di salah gunakan oleh orang ramai sehingga terjadinya maksiat di sana. Adakah saya mendapat sama sahamnya?’
Soal pensyarah saya.
‘Iya ada sedikit. Namun apa yang perlu diperhati adalah langkah kamu dari awal. Saat kamu mereka bentuk, pasti sudah kamu pelajari ciri-ciri keselamatan, ciri-ciri rekabentuk yang bersesuaian. Dan jangan lupa, ciri-ciri rekabentuk kawasan di dalam Islam. Adakah ia syarie? adakah ruang yang di bina tidak menggalakkan sesuatu maksiat?’
Jawab sang ustaz.
‘Lalu, jika semua sudah terpenuhi, tetapi maksiat masih berlaku, maka ia datang pula peran masyarakat dalam mengatasinya. Bahagian kamu sudah tiada kerana kamu sudah melaksanakan sesuatu mengikut ilmu yang ada dari sudut pandang Islam.’
‘Hmm, payahlah macam tu. Ustaz ana ada sebut kalau semua fikir macam ustaz tu cakap, maka Islam akan tertinggal. Kalian tak boleh memikirkan perkara furu’ yang kecil walhal ada hal yang lebih aula dari itu. Kalian membina atas sebab menyediakan kemudahan untuk komuniti setempat, lalu hal maksiat yang terjadi bukan lagi tanggungan kalian.’ Jawab sahabat saya apabila selesai saya bercerita.
Saya tersenyum. Susah juga nak perbincangkan hal ini. Ia bagi saya seperti juga seorang doktor yang menjalankan pembedahan plastik, bagi pesakit ia kemahuan dan kehendak. Bagi doktor, ia sebuah amanah dalam menyediakan ‘kemudahan’ pesakit. Lalu di mana Islam di letakkan?
Pernah pensyarah yang paling saya kagumi berkata di dalam kelas pengajian Islamic wordview for built environment, Dr. Spahic Omer yang mengatakan antara beza seorang profesional muslim dan non muslim adalah keupayaan profesional muslim dalam meletakkan perihal Islam dan syariat sebagai asas atau dasar kepada suatu cabang Ilmu. Lalu di dalam kes doktor itu, sebagai doktor muslim, perihal pembedahan plastik hanya di bolehkan bagi kes yang tiada jalan keluarnya, sebagai contoh apabila seseorang itu kemalangan dan kecederaan teruk sehingga merosakkan keadaan fizikalnya.
“ …Setiap bangunan merupakan beban bagi pemiliknya, kecuali apabila ia dibangun dalam keadaan yang sangat terpaksa“.- Al Hadits
Di sinilah peri pentingnya kita menguasai dan cemerlang dalam bidang ilmu kita. Untuk memahami ke mana harusnya ilmu itu di manfaatkan dan di amalkan berteraskan Islam.
Lalu sebagai pelajar di dalam aliran rekabentuk, ada dua jenis konsep rekabentuk yang sama sekali berkaitan dengan salah satu hukum ALLAH subhanahu wa ta'ala.
Ingatlah, tidak semua manusia dan makhluk itu mempunyai ketentuan yang sama dengan yang lainnya. Mungkin kita lahir sebagai manusia, namun jangan di sangka akhirnya juga kita berkelakuan seperti manusia. Ada di kalangan kita yang keciciran, namun fahamlah bahawa bukan semua antara mereka yang tidak mahu turut bersama, tetapi kadangkala penyebabnya adalah kita yang selalu lupa untuk memberitahu, mengajak mereka bersama kearah kebaikan. Sesuatu maklumat memerlukan jaringan penyampaian yang baik untuk memastikan ia tersebar keseluruhannya, namun jika jaringan yang ada itu lemah, maka adanya lohong dalam penerimaan. Kelebihan itu kita simpulkan sebagai nikmat untuk mengukuh sebuah kehidupan, dan kita syukuri sebagai sebuah hadiah dari Tuhan.
“… Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mencoba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya)…”An Naml, 40
Dan kelemahan itu kita raikan sebagai sebuah erti manfaat dalam menempuh ujian. Ini juga salah satu cara dalam membina minda positif dalam membentuk jiwa yang positif di sisi Tuhan dan ujian.
Dan inilah yang diterangkan oleh konsep ASSIMETRI yang tidak songsang dan bersifat adil.
Keadilan ini sifatnya cukup subjektif. Dan saksama itu sifatnya juga tidak rigid dan lurus. Ia boleh dikatakan bersifat assimetri yang bukan songsang.
Jika kalian berada di dalam bidang sains dan teknikal, subjek simetri memang mudah di fahami. Sebiji bola, di bahagikan dua sama rata, maka jelas itu simetri. Bentuk petak dan segitiga jika di bahagi kepada dua bahagian yang sama juga di sebut simetri. Simetri wujud apabila satu garisan yang mempunyai dua bahagian sisi yang sama bentuk dan nilainya. Konsep sebuah dacing, dari satu titik timbangan, dengan rupa bentuk yang sama, dengan timbangan yang sama menampakkan bentuk simetri yang sama sekaligus memaknakan sebuah kesaksamaan yang adil. Itu cukup jelas jika titik timbangan pembahagi itu tidak di songsangkan, maka ia tetap dalam keadaan simetri dan seimbang.
Tetapi jika anda berada di dalam aliran rekabentuk, konsep simetri dan assimetri merupakan antara yang penting untuk dipertimbangkan di dalam rekaan dan idea. Bagi konsep assimetri, ia tetap mempunyai satu garis pembahagi, namun bezanya ialah dua bahagian yang terbahagi tidak semestinya mempunyai bentuk atau nilai yang sama, namun bagi keseluruhan kawasan, ia tetap kelihatan harmoni dan kesatuan. Satu kajian sains telah menunjukkan bahawa tubuh badan manusia ini jika di kaji terperinci tidak bersifat simetri. Ini kerana ciri simetri yang harus tepat nilainya sama tidak di penuhi. Lihat sahaja saiz kaki kiri dan kanan anda, pasti salah satu adalah lebih besar dari yang lainnya. Namun bagi keseluruhan sistem badan, keharmonian kesemuanya bergerak seiring dengan fungsi masing-masing mewujudkan tubuh yang cergas dan gagah dalam mengharungi kehidupan dunia. Malah sistem tubuh ini juga di kawal oleh jutaan neuron yang jauh lebih kecil dari otak namun neuron inilah yang menggerakkan sistem-sistem ini. Malah tindak tanduk manusia, dikawal selia oleh fikiran yang di latari keimanan kepada Tuhan. Entiti-entiti inilah yang membantu menggerakkan sistem badan manusia dan gabungan keseluruhannya ini lah yang jika di nilai logika, sememangnya tidak benar, tetapi inilah sistem assimetri yang tidak songsang oleh ALLAH swt yang maha mengetahui dan maha memiliki.
Begitulah juga sistem bumi dan manusia. Sesama manusia itu terdiri dari pelbagai organ penggerak setiap aktiviti dan tanggungjawab di muka bumi. Ada yang lemah dan ada yang lebih, ada yang biasa-biasa sahaja, ada kaya, ada sederhana, ada yang miskin. Ada yang fizikalnya menarik dan ada yang biasa, malah ada yang tidak lengkap fizikalnya. Setiap perkara ini haruslah di pandang dari sudut pandang yang satu di dalam uniti bagi melihatkan suatu keseimbangan sistem yang kukuh dan memberi sebab untuk setiap kita melaksanakan amanah dalam kehidupan. Ingatlah bahawa, jika Dia berkehendak untuk semua manusia ini sempurna, pasti ia terjadi. Tetapi, inilah hakikat yang sebenarnya merupakan suatu ujian atas kehendakNya. Untuk melihat sejauh mana manusia itu bergerak di dalam kesatuan fikrah iman, saling menyayangi lalu menerima setiap perkara sebagai ujian dan berusaha bersama untuk mencari penyelesaian.
ALLAHu subhanahu wata’ala jelas mensyariat para muslim untuk menunduk pandangan demi menjauhi zina. Lelaki atau wanita, kedua mereka di suruh menundukkan pandangan. Namun bukanlah maksud sampai terlanggar tiang, terjatuh ke dalam lubang atau longkang atau dengan sewaktu dengannya. Bahkan, kalau pun terjadi dek kerana mahu lari dari pandangan maksiat, maka itu lebih bagus.
Namun persoalan berlegar sekitar maya adalah perihal gambar. Gambar ramai-ramai, gambar bersama keluarga, gambar seorang diri, dan gambar bersama rakan sekuliah. Boleh atau tidak? Hukumnya?
Saya mungkin bukan ahlinya untuk menjawab persoalan agama. Namun saya tetap percaya, manusia mampu tertarik dengan apa sahaja bentuk tarikan, malah melalui penulisan sekalipun, sembang-sembang, atau melalui suara, apatah lagi melalui rupa paras, kerana pada kejadian ALLAH itu, ada keunikan dan kecantikannya tersendiri.
Sesiapa yang berada di dalam bidang matematik, fizik mahupun bidang rekabentuk (design atau bisa dipanggil jurus artscience), pasti tahu akan istilah Sisi Emas atau bahasa inggerisnya GOLDEN SECTION. Saya mempelajari istilah atau dalam bidang rekabentuk dipanggil, konsep rekabentuk ini semasa di tahun 3 pengajian, di dalam studio Perbandaran. Asal perkataan adalah Golden Ratio yang mana bermaksud, sisi emas terwujud apabila 2 ratio yang wujud, yang tidak sama saiz, iaitu besar dan kecil, tetapi kedua-dua ratio atau kadar yang sama. Namun pada pra-abad ke 20, seorang scientist barat, Adolf Zeising telah mendapati, fenomena ini wujud kepada makhluk ciptaan ALLAH swt. Untuk mudah di fahamkan, konsep Golden section menyatakan bahawa setiap perkara/ benda itu punya sisi cantik di dalam sudut masing-masing, kerana setiap makhluk di cipta mengikut konsep Golden Ratio. Atau lebih mudah lagi, ia bermaksud, setiap sesuatu itu ada sisi cantik mengikut cara atau sudut tertentu.
Satu kajian di lakukan untuk teori ini ke atas lukisan monalisa dan dari teori berjaya menunjukkan ada sisi yang dipandang sangat indah walau seburuk mana manusia lain memandangnya, dan begitu pula sebaliknya. Pasti ada yang menyukainya, tertarik kerana rupanya, ini kerana struktur wajah manusia mempunyai titik tumpu (Golden Section) masing-masing. Bermakna, semua kejadian itu punya kecantikan.
Maha suci ALLAH swt yang menjadikan sesuatu itu indah dengan kelebihan masing-masing. Menciptakan setiap manusia itu ada lemah dan ada kuatnya, ada yang cantik ada celanya, ada bawah dan ada di atas.
Konsep Golden Section dan kaitannya dengan gambar adalah kebolehan atau kebarangkalian untuk menarik pandangan manusia itu ada. Mungkin di atas suatu gambar, saya kata ianya sangat buruk, tetapi orang lain pasti ada yang merasa tertarik. Jadi biar bagaimana pun keadaan gambar tersebut, pasti ada orang yang menyukainya.
Itulah persamaan dengan kata-kata barat yang sering di sebut;
‘Beautiful lies in the eyes of beholder’
Wallahu'alam.
...
Akhir sekali,
Saya teringat Mimar Sinan pernah mengatakan;
...
Akhir sekali,
Saya teringat Mimar Sinan pernah mengatakan;
‘Seseorang yang mahu menjadi arkitek harus memahami agama terlebih dahulu.’
Apa yang cuba di gambarkan oleh Sinan adalah kepentingan agama sebagai asas dalam apa jua bidang ilmu tidak ternafikan. Agama menjadi tunjang di dalam setiap aspek kehidupan, kerana Islam yang digariskan oleh ALLAH subhanahu wa ta’ala adalah syumul, merangkumi setiap inci kehidupan di bumi.
Maka, sesiapa sahaja yang menolak mana-mana aspek di dalam kehidupan perlu bersandarkan kepada syariah Islam, lalu itu merupakan fahaman yang songsang. Dan meletakkan Islam hanya sebagai nama pada mana-mana aspek, itu adalah fahaman yang cetek.
4 komen
bagus aktikel ini, entah apa nasib yang akan berlaku pada diri kita... hanya Allah sahaja yang mengetahui. sesungguhnya ilmu Allah itu amatlah luas, tetapi adakah kita peduli atau tidak itu persoalan yang perlu dijawab sendiri.
ReplyDeletekepada penulis teruskan usaha anda... wasalam tq.
yuk teman'' main poker online di www.royalflush99.com
ReplyDeleteulasan ini sangat menarik sekali sangat bagus dan menyentuh hati ini,, sangat bermanfaat, semua orang masing-masing punya pandangan yang ber beda-beda,, tergantung dari sisi apa orang tersebut memandang nya,, tidak ada yang sempurnah di dunia ini alam ini bahkan sejagat raya ini, kecuali ALLAH SWT yang maha sempurnah karena iyalah pencipta alam ini untuk manusia dan mahluk lain nya,
ReplyDeleteWisata Pulau Tidung
Ulasan ini sangat bagus sekali,, dan musik'ny pas sekali bikin merinding,, salam saudara ku.. Asalam'mualaikum.
ReplyDeleteKomen. Terima kasih.