Perjuangan
Semenjak memasuki pengajian lanjutan ini, pelbagai rasa yang dialami namun tidak upaya digambarkan. Saya pasti bilangan angka 3 itu begitu asing bagi pemegang ijazah sarjana terutamanya bagi mereka yang bijak pandai, seakannya saya mengambil ijazah ke-2 pula. Tetapi apakan daya, ujian yang mendatang tidak mampu saya hindari, dan biarlah Dia sahaja yang memahami rencah rasa yang cuba dihadam sendirian di hati. Dan alhamdulillah, ada sahabiah yang saya berkongsi ceritera saya dan mereka memahami.
Kini, alhamdulillah 1st darft sudah dapat responnya dan tentulah banyak pembetulan yang perlu saya lakukan, dan itulah artinya kehidupan seorang 'pelajar'. Pembetulan itu pelajaran. Kesalahan itu pengajaran.
Dan debaran hebat kini saya rasakan untuk menghasilkan draft terakhir sebelum viva (thesis defend). Ada sahabiah saya yang 'viva'nya memakan masa 5 jam (ALLAHu ALLAH), dan paling kurang memakan masa hampir 3 jam. Dan itulah perjuangan terbesar kami sepanjang pengajian, yang mana bagi pelajar kajian sepenuh masa (fully research), viva inilah penentunya lulus dan gagal pengajian.
Dan di dalam debaran ini saya mengambil keputusan untuk aktif semula di dalam perkongsian maya ini, yang sudah lama saya tinggalkan. Hari khamis malam jumaat, hari yang barakah, saya masih terasa bahagia atas jawaban Syeikh Rohimuddin atas persoalan yang telah lama berlegar di benak saya. Jawapan yang ringkas tetapi mendalam, perlu muhasabah yang dalam juga. ALLAHu ALLAH, tidak tergambarkan kegembiraan saya. Syukur alhamdulillah
Buat teman-teman seperjuangan, kini masanya untuk menyudahkan fasa kehidupan kali ini, dan bersedia melangkah ke fasa seterusnya, insyaALLAH pasti boleh! Dan mohon doa semuanya

7 komen
Adik-adik.. InshALLAH boleh!! ;)
ReplyDeleteAlhamdulillah selesai :)
DeleteInsyaAllah moga dipermudahkan...
ReplyDeleteAlhamdulillah dah dapat peluang ni, jangan lepaskan.... Macam saya ni masih mencari-cari peluang itu sedangkan umur pun dah berganjak angka 3 juga ni... :)
salam perkenalan..
Mukjizat Balaghah Al-Quran & Sejauh Mana Kemampuan Kalam Arab Menandingi Kalam Allah
ReplyDeletewww.rosemujahid.blogspot.com
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteassalamualaikum..
ReplyDeleteKomen. Terima kasih.