Yang Tercipta Untuk Dicintai dan Mencintai

by - 11:02 AM

Pernah anda rasa amat mencintai, tetapi yang di cinta itu datang dan pergi. Lantas berpusar rasa rindu, cinta dan terkadang terlupa mencintai.

Pernah berfikir seakan bercinta, tetapi kurang titik usahanya. Pernah rasa amat mencinta? tetapi gagal mengerjakan rasa buat menyemai cinta?

Saat berjauhan, rasa seakan mahu merangkul segala yang ada di depan mata, saat bertemu, serasa kaku tiada gerakan. Tidak mampu walau hanya mendakap, hanya mampu melihat dan berbicara sunyi. Terkadang serasa amat berat, seakan terasa amat ringan. Untuk saling meluah rasa berbuku di jiwa.

Sungguh, sejujurnya saya bisa berada di dalam gerabak rasa sedemikian. Gerabak yang sarat dengan mereka yang berpusu mencari nilai cinta, saya yang dihenyak sendirian terkadang tidak mampu berlari dari mengejar setiap terminal cinta yang di ciptakan untuk ... kita.

Mengikut Al Imam Ar-Rifa'i;

"Tanda keredhaan ALLAH subhanahu wa ta'ala kepada hamba-Nya adalah (dikurniakan-Nya) semangat untuk melakukan ketaatan dan rasa beratnya untuk mengerjakan kemaksiatan."


Sungguh, malu untuk menyatakan. Tetapi yang tercipta untuk itu dan yang diri saya seakan amat mencinta itu telah tiba, hari yang mulia hari ini, Isnin bersamaan 13 Jun 2010.. Dan debaran semingguan lalu masih belum reda mencantas rasa-rasa lainnya.

Menghitung siang dan malam, habis setiap jari berpangkah menyatakan masa terus berputar, dan hari hari itu terus mendatang.

“Dan peringatkanlah mereka tentang hari-hari Allah, sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi mereka yang amat bersabar lagi bersyukur”
Surah Ibrahim : 5

Bukankah rutin pungguk merindu, pasti mencari resepi memikat bulan agar jatuh ke riba, biar telah mereka katakan itu impian yang sia-sia, tetapi sekurang-kurangnya bulan masih sudi menjengah bumi memperlihat diri buat sang pungguk melepas rindu, maka dapatlah ia menyanyi bait rindu buat sang kekasih yang di damba.

Semingguan lepas saya bermarathon dengan siri-siri cinta tiga sejoli, mencari isi buat meluah cinta sejati, mencari cara menggerak kerja buat terus subur dengan manfaat kecintaan.

Biarlah kita mengaku walau malu, tiga sejoli itu tercipta buat sekalian yang mencinta syahadahNya. Tiga bulan mulia yang namanya itu Rejab, Sya’ban dan Ramadhan itu bakal kembali. Esoknya bermula jejak cinta, 1 Rejab 1431 Hijrah. Pada satu tarikh itu, terungkap pelbagai kisah kecintaan, nikmat berkasihan, rahmah perjuangan mengerjakan cinta. Yang di cipta buat sekalian umat islam, khas untuk setiap hambaNya.

Selamat berusaha buat diri dan semua rakan-rakan, sama-sama kita du’a amal yang terbaik buat semua umat islam.

Bersyukurlah buat kamu yang punya azam untuk bangun bangkit mengimarahkan bulan-bulan mulia islam, pedulikan apapun kata-kata yang memandang azam bermusim, kerana saya yakin, jika musim itu praktisnya hebat, insya’Allah seterusnya amalmu setara musim yang berlalu.


Kerna bicara kalamNya;
Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma’afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.
Ali ‘Imran:159


Bermula dalam diri. Kita perlu rethink, refresh, renovate semula dosa dan pahala, du’a, iman dan amal, sikap dan perwatakan, niat dan matlamat, cakap dan tindakan.

Carilah, koreklah, dan kisarkan segala maklumat dalam merasa nikmat mengerjakan setiap cinta ini. Supaya mampu melakuakan yang terbaik mengikut mampu, buat satu pengakhiran yang baik. Manakan tahu esok lusa, dan saat cinta itu hadir kembali tahun seterusnya, kita telah tidak mampu mengungkap bicara dan bertindak meluah cinta.

Apapun semoga kita berpeluang menyusuri bulan bulan mulia ini dan seterusnya sampai kepada kemuncaknya iaitulah Ramadhan dan seterusnya membimbing jiwa untuk istiqamah sehingga ke hujung nyawa dalam meraih redha ALLAH Az Zawajalla

Wallahu’alam

Salam hari penuh kemuliaan

ALLAHumma barik lana fi Rajaba wa Sha'bana wa ballighna Ramadhan.
"Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan"


Amiin ALLAHumma amiin

You May Also Like

4 komen

  1. SubhanAllah..Tak pernah dengar ayat seindah ini. Semoga Allah mencintaimu sahabat seperti mana kamu mencintai agamaNya.

    ReplyDelete
  2. salam alaik..
    salam rejab masuk ke ptghn sudah ;)
    kaifa haluki dik? lama xketemu..
    yumkin 24-24july nnti.. join2 laa tam ijau..

    lama kite xberhiwar..apetah lg bersua..
    hows ur study? hows ur life?
    insyaallah hrpn & doa dipanjatkan agar dik alwiz in rahmat...barakah dan lindunganNya..

    teruskan menyulam sulaman kasihNya..
    insyaallah ketemu lg.. ;)

    rase nk menaip..tapi..minda agak keletihan.. jemari perlu pause seketika..

    -salam perjuangn!!! barakallahu...

    ReplyDelete
  3. Salam kak nahwan nur =)...apa khbr?
    first time masuk blog akak...sangat informatif dan menyentuh hati...teruskn menulis kak.

    Yani

    ReplyDelete
  4. saya suka blog mcm ni...teruskan ya...

    ReplyDelete

Komen. Terima kasih.