Sembang-sembang World Cup 2010

by - 10:31 PM

Assalamu'alaikum warahmatullah,

Sudah lama sangat tidak menarikan jemari di ruang ini. Banyak asbabnya yang Dia sahaja mengetahui.

Cuma entri kali ini lebih kepada entri kedai kopi, tentang 'demam' sekarang ini, 'demam piala dunia'. Apabila bercerita tentang piala dunia, ia membawa saya kepada memori saat saya berada ditingkatan 3. Saat itu Piala Dunia 2008 di mana Perancis memenangi perlawanan akhir menentang Brazil. Zidane mendapat anugerah kasut emas. Sewaktu itu setiap perlawanan pasti saya ikuti terutamanya yang melibatkan Brazil. Mungkin saya terpengaruh oleh ahli rumah sewaktu itu semuanya laki-laki kecuali emak saya. Perlawanan jam 3.30pagi sanggup saya tonton dan akhirnya menyebabkan saya mengantuk sewaktu di sekolah.

Namun, Piala Dunia seterusnya sudah jarang saya ikuti perlawanannya kecuali ditonton secara tidak sengaja. Begitu juga Piala Dunia 201o kali ini. Saya menonton perlawanan antara England menentang German buat kali pertama semenjak bermulanya perlawanan semingguan sebelumnya. Akhirnya England kalah di 'belasah' teruk oleh German. Saya tidaklah menyokong German, tetapi saya kurang suka kepada England membuatkan saya sedikit gembira England sudah bungkus sebelum semi-final.

Di dalam banyak-banyak cerita piala dunia 2010 kali ini, saya amat tertarik dengan berita sensasi Paul si Octopus. Pertama sekali saya mengenali 'beliau' apabila tv swasta terkenal di Malaysia memaparkan berita tentang beliau si sotong yang memiliki kuasa menilik 'dengan agak tepat'. Pertama sekali sudah panas di negara ini dengan tentangan judi bola. Dan kini timbul pula cerita tilikan yang di besar-besarkan.

Yang menggelikan hati, hal tilikan ini bukan sahaja dibesarkan, malah menjadi 'pandangan biasa' masyarakat seluruh dunia, walaupun saya yakin, ada diantara mereka yang membicarakan hanya sekadar bergurau, mahupun apapun niat mereka. Namun hati saya terdetik untuk menidakkan perkara yang mungkar. Sebarang perkara yang dilarang secara terangan oleh ALLAH tidak harus diambil mudah walau beralasankan hanya sekadar main-main atau gurauan.

Kasihan kepada si Paul, sehinggakan 'beliau' mendapat ancaman oleh penyokong argentina kerana 'beliau' kononnya telah meramalkan sedari awal kekalahan pasukan bimbingan maradona tersebut dan ianya 'kebetulan' menjadi kenyataan.

Saya memandang ini sebagai promosi kaum kuffar dalam menyuntik virus 'mengambil remeh' dan 'endah tak endah' di atas hukum-hukum ALLAHu subhanahu wa ta'ala. Seperti nya, tidak mengapa asal kita tidak terlibat. Atau tidak mengapa hanya sebagai gurauan atau apapun alasan yang diberikan, Paul tidak harus di perbesarkan dengan kelebihannya apatah lagi oleh 'negara Islam'.

Saya tidak beremosi, tetapi cukuplah sebilangan kita memandang 'ok' akan judi diberikan permit asalkan orang islam tidak terlibat. Dan cukup-cukuplah kita memandang ok atas perkara 'kecil' walhal sebenarnya bagi saya ia melibatkan akidah kita.

Bila sembang-sembang tentang world cup tiba-tiba suara perjuangan palestina semakin suram dan akhirnya perlahan hilang. Sewaktu TV terkenal tersebut beriya-iya mengelola slot world cup didalam waktu berita jam 8, tetapi peliknya di hampir akhir berita keluar satu ayat yang tidak sampai 2 minit diberitakan, tentang israel yang sekali lagi telah menyerah sebuah perkampungan di Ghazzah dan sudah dijangka alasan mereka sedari dahulu adalah 'bom mereka yang dihalakan dengan tidak sengaja tersasar dari asal sasaran'.

Kini para peminat world cup 2010 masing-masing menunggu perlawanan akhir di antara Netherlands dan Spain. Si Paul sudah di tanya dan sudah pun diberi 'keputusan ramalan'. Tetapi hati saya lebih kuat 'meramalkan' tentang satu lagi piala dunia yang sebenarnya lebih hebat perlawanannya iaitulah antara zionis dan pejuang Ghazzah. Baru-baru ini si Zionis laknatullah telah membenarkan barang-barang bantuan dihantar ke Ghazzah. Oh mereka sudah banyak kali melanggar perjanjian, dan saya 'ramalkan' itu juga sebahagian dari lakonan mereka.

Wallahu'alam.

Ini hanya suara sembang saya tentang World Cup 2010. Kalau ikut yang sebetulnya, saya sokong Brazil dulu kini dan selamanya :) Dan saya berdoa dan menyokong kuat para jihadi di Ghazzah dulu kini sampai ke syurga insyaALLAH.


You May Also Like

3 komen

  1. akan sentiasa menyokong mujahidin di Palestin

    ReplyDelete
  2. saya rakan baru disini. apa yg dapat saya fahami dan amati .sesunguhnya kita sepedapat tapi berbeza pandangan saya suka baca semua atikel2 ini teruskan selagi ada sokonggan....
    laman web, www.wandah-nurcahaya:blogspot.com

    ReplyDelete
  3. pihak kuffar pandai manipulate...knapa kita x pandai manipulate diorang agar tahu keindahan islam?

    ReplyDelete

Komen. Terima kasih.