.: Nahwan Nur aspirasi nahwanNUR :.
Ada apalah dengan nahwan Nur sebenarnya? Ada apa pada nama ini? Bagi saya nama itu seperti suatu identiti. Tentu sekali ia penting. Dan nahwan nur, suatu nama yang cukup bermakna bagi saya. Nama ini saya cuplik dari pada beberapa nama yang telah hadir di dunia ini sebelum muncul nya nahwan sendiri.
Kumpulan Usrah dan Nasyid Nahwan Nur
Pertama sekali saya di dedahkan dengan keindahan perkataan ini adalah oleh abang saya yang sewaktu itu sedang belajar di UPM. Namun, di sebalik keindahan perkataan ini, terselit lebih banyak bahasa indah di dalam kamus perjuangan dakwah dan tarbiyyah. Kumpulan nasyid Nahwan Nur di tubuhkan di Universiti Putra Malaysia yang terdiri daripada para pelajar mereka sendiri. Sebenarnya, asal kumpulan nasyid ini adalah daripada kumpulan usrah pelajar UPM yang di namakan Kelab Usrah Nahwan Nur. Lalu tertubuhnya kumpulan nasyid ini sebagai nadi dakwah kumpulan ini kepada umum. Tujuannya lebih kepada dakwah melalui hiburan yang tidak melanggar syariat. Golongan sasar mereka tentu sekali adalah pelajar yang terdiri dikalangan belia dan remaja yang sememangnya amat meminati hiburan. Awal ahli kumpulan nasyid ini terdiri dari para naqib yang di anugerah kelebihan dari segi suara, manakala ahli usrah yang lainnya sebagai tenaga pengurusan yang menguruskan hal ehwal penciptaan lagu, pengurusan pertujukan (show), dan urusan pementasan. Kumpulan kerja yang lengkap ini membuatkan kumpulan nasyid dan usrah Nahwan Nur menjadi kuat dan amat dekat dengan pelajar UPM saat itu. Usaha dakwah itu menjadi indah walau terkadang di sekat oleh kerenah birokrasi pengurusan. Sehingga kini jika di lihat di UPM masih punya kumpulan nahwanNur namun saya kira tidak sekuat zaman dahulu.
Generasi nasyid dan kumpulan Nahwan Nur yang saya kenal adalah dari tahun 1996-1998 yang mempopularkan lagu M.A.N.I.S, anugerah, isteri solehah, ranjau perjuangan dan sebagainya. Penasyid nya ketika itu terdiri daripada abang Nasar, abang Khalid dan beberapa yang lainnya. Selepas generasi ini saya sudah jarang mendengar perkembangan kelab usrah ini mahupun kumpulan nasyid itu sendiri. Namun, yang saya tahu dengan sahih bahawa penyanyi utama nya seperti abang Nasar dan abang Khalid masih terus berdakwah dengan seni nasyid dengan beberapa nama baru seperti Mastika, dan yang terkini adalah kumpulan Saff-One (Album Emas Awanan).
Zaman kegemilangan Nahwan Nur naik bersama kumpulan nasyid lain yang terkenal seperti The Zikr dan sebagainya. Kesemua lagu-lagu mereka saya miliki dan tetap menjadi pilihan utama untuk saya jamah buat jiwa berbanding nasyid kini.
Sejarah perjuangan kelab usrah dan nasyid Nahwan Nur itu sendiri menjadi aspirasi dan bisa menjadi intipati perjuangan dakwah adalah;
- Mencari method selain usrah dan kelab sebagai alternatif dakwah (mereka memilih nasyid, saya memilih blog) tanpa melupakan aktiviti jemaah
- Gerak kerja berkumpulan. Setiap individu memegang peranan masing-masing di dalam organisasi (ada penasyid, ada pemain muzik seperti kompang, dan ada pengurusan) namun saling melengkapi sehingga memastikan keteguhan organisasi dan kekuatan dakwah mereka.
- Bedakwah dengan bersungguh walau apa jua rintangan (kerenah/ kutukan/ halangan etc) dan selagi mampu walau pulangannya tidak jelas kelihatan kerana kita berdakwah, perihal hidayah dan perubahan itu tetap merupakan urusan ALLAH swt.
Taranum Nahawand
Lagi satu asal perkataan nahwand yang mahsyur adalah seni alunan lagu/ taranum nahawand. Taranum ini adalah seni lagu yang paling popular di halwa telinga umum kerana kerap di di dengari dalam bacaan al-quran. Bak kata guru taranum saya saat kelas pengenalannya;
’Orang duk tanya saya lagu ape yang selalu di mainkan saat kematian? Ha, kalau nak tahu itulah lagu nahawand.’ Jelasnya. Kami semua tersenyum-senyum kerana memang itu selalu kami soalkan.
’Lagu yang di alunkan dengan alunan yang biasa namun kedengaran sayu (maksudnya tidak terlalu tajam, tidak terlalu beralun, lembut dan tentu sekali tidak datar) namun berupaya memimpin orang hanyut dalam keagungan ayat al-quran dan menghayati sehingga mampu menitiskan air mata keinsafan’ tambah guru kami ini yang merupakan johan qari pada pertandingan tilawah antarabangsa 2004 dan merupakan salah seorang pengadil di dalam akademi al-quran. Terus dia mengalunkan bacaan al-quran dengan seni taranum nahawand. Sungguh syahdu dan menusuk kalbu. Itulah bacaan taranum nahawand yang selalu di alunkan dalam bacaan al-quran dan ketika azan.
Seni taranum ada beratus malah mungkin lebih, namun ada tujuh sahaja yang terkenal di Malaysia dan nahawand merupakan salah satunya. Asal lagu nahawand di katakan dari Hamdan, Parsi. Namun sebenarnya, lagu nahawand adalah lagu yang telah di popularkan oleh salah seorang nabi ALLAH swt, iaitu Nabi Yusuf a.s yang terkenal dengan kelunakan suaranya sehingga bisa menarik haiwan-haiwan berhenti dan mendengar suara baginda yang tidak lain merupakan anugerah dari ALLAH swt. Ada suatu cerita yang menceritakan saat Nabi Yusuf as memperdengarkan seni suaranya, burung-burung yang berterbangan berhenti dan mengelilingi baginda. SubhanALLAH.
Mengambil sedikit kelebihan taranum nahawand;
- Lagu yang biasa di dengar namun tetap mampu menarik umum untuk sama menghayati
- Lagu sayu dan sedih (umum menafsirkan begini ke atas taranum ini)- Namun dalam lagu sayu dan sedih itu, para qari dan qariah sebenarnya membawa maksud kalam ALLAH yang merupakan peringatan yang perlu di fikirkan. Baca-dengar (Lihat)-hayati-praktis.
Wallahua'lam
p/s [nahwanNUR]: Sebenarnya seni islam itu begitu indah jika benar-benar di fahami dan di hayati.
11 komen
Saya salah seorang peminat Nahwan Nur..masih simpan koleksi lagunya...
ReplyDeleteeee...sukanya, sukanya nahwan nur. tp kumpulan nasyid nahwan nur la,,penulis blog yg bernama nahwan nur, i'm not sure..:p
ReplyDeletenasyid merupakan seni yg ada ciri-cirinya yg khusus. ciri-ciri berdasarkan alatan muzik yg digunakan, alunan suara berbentuk taranum atau qasidah, biasanya berbentuk irama padang pasir dan pelbagai lagi ciri yg lain. antara kump yg menerapkan ciri-ciri nasyid yg betul2 nasyid adalah kump nasyid zaman dolu2 kala, sezaman dgn al-jawaheer dll.
raihan tlh memperkenalkan satu konsep yg baru disebut sebgai nasyid kontemporari dan banyak lagi kump2 yg muncul selepas itu.
nasyid zaman sekrang ni tak boleh lagi disebut sebagai nasyid sbb tak memenuhi ciri-ciri nasyid yg sebenar. baik dari peralatan muzik, seni suara atau penampilan yg lebih kurang sama macam kumpulan2 pop yg lain.
kumpulan nasyid zaman sekarang tak sesuai disebut sebagai kump 'nasyid' tetapi disebut sebagai 'pop dakwah'. sebab depa macam dh sama dgn kumpulan pop2 yg lain, cuma membawa mesej dakwah
kalau semua kumpulan yg membawa lagu bermesej dakwah dikatakan kump nasyid, maka kumpulan pop indonesia seperti ungu (yg membawa lagu andai ku tahu, surgaMU) itu juga layak dikatakan kumpulan nasyid?
begitu juga dgn artis spt kopratasa, M.Nasir, Ramli sharip yg membawa lagu bermesej ketuhanan tidak juga disebut sbg artis nasyid.
kump nasyid la ni, agak dh lari dgn ciri-ciri kump nasyid yg betul. baik dr lagunya, penampilannya, tidak jauh berbeza dgn artis2 yg bukan nasyid
maka, kump nasyid la ni adlh 'kumpulan pop dakwah' bukan 'kumpulan nasyid'
alasanya..tak memenuhi elemen-elemen nasyid.
minat-minat juga, yang penting isi yang di sampaikan dalam nasyid. Moga ia berbekas di hati dan mampu membantu dalam mengorak langkah kepada yang lebih di redhai.
ReplyDeleteustazah-engineer @ kak dayah
ish kak, kang saya bocor rasie baru tahu. Takpelah akak tak suka nahwanNUR ni. Tapi saya suka reengineering manusia walau saya tak kurus @ takde jam 10k...haha ;)).
ok, back to the topic. Na'am kak, nasyid kini seakan kelam dengan identiti sebenar nasyid yang di gariskan syariat sebenarnya. Bagi saya, itu salah satu sebab, nasyid kini kurang menyengat berbanding dahulu. Lagi-lagi dewasa ini, sampai kepada penampilannya sudah ke arah gaya biasa-biasa dengan alasan ia lebih 'berasas' dan sesuai dengan arus semasa. Bukanlah saya katakan itu salah satu sebab nasyid tu tak berkesan, tapi, itu salah satu puncanya.
Ada pula menjadikan nasyid sebagai salah satu budaya hedonisme sehingga membawa lalai.
Yang penting sebenarnya dalam dakwah bukan sahaja lisannya, tetapi dakwah bil hal. Itu yang sebenarnya manusia pandang, jadi tidak kisahlah jika di lihat manusia zaman sekarang ni bercampur baur kefahaman dan perlakuannya.
Wallahua'lam.
bila baca entri fadilah yang ni, kakchik teringat zaman di univ dulu. semua kaset2 dari album nahwan nur kakchik beli, sekarang pun masih elok lagi... kadang kala dengar juga terutama yang terlerai kabus di terbit fajar tu...
ReplyDeletekakchik tak minat kump nasyid zaman kontemporari ni... langsung tak beli dan dengar pun kalau ada orang lain pasang.
sekarang kakchik selalu dengar OPICK terutama TAUBAT. yang fadilah letak dlm blog ni suami kakchik paling suka.
salam.. saya generasi mungkin generasi ke 12 Nahwan Nur kat UPM.. bagi saya, dakwah tu luas caranya, selagi ia bertujuan untuk menyampaikan sesuatu yang baik, x salah rasanya.
ReplyDeletehope Nahwan Nur baru n lama dapat bersatu la.. kt bt perjumpaan semula. supaya Nahwan Nur boleh memberi sesuatu untuk nasyid.
Assalamu'alaikum..Salam ziarah...saya Ahli Nahwan Nur generasi yg ke 12..Masih lagi berada Di UPM..Kalo nak tahu perkembangan Nahwan Nur sekarang boleh join Kelab Nahwan Nur di Facebook...Sekian..
ReplyDeleteUntuk makluman, kumpulan nasyid nahwan nur bermula lebih awal dari 1996, ianya bermula sejak sesi 86/87 lagi. Masih ramai mereka yang mengetahui sejarah dan kesah nahwan nur di upm.
ReplyDeleteassalamualaikum... bagaimana saya boleh dapatkan cd atau kaset kumpulan nahwan nur yee... banyak tempat saya cari tapi blm ada rezeki untuk dapatkannyer... saya nak dapatkan semua album nahwan nur... harap boleh bantu saya... hubungi saya di : mhdzzt@gmail.com
ReplyDeleteDulu kumpulan Nasyid Nahwan Nur ni ada juga anggotanya wanita. Tapi tentulah tak open sbb kena jaga syariat. Pernah buat persembahan di Labuan ... untuk warga kilang(perempuan) di Shah Alam.Byk juga jemputan espcly hari terbuka kolej. Itu era thn 1990-an. Sekarang macamana??
ReplyDeletebeautiful memories.... Nahwan Nur, 1992-1996. Thank you for the memories.
ReplyDeleteSekitar 1993/94 terdapat satu kumpulan nasyid upm, Sal sabila. saya pernah meyertainya untuk beberapa ketika Dan kami pernah membuat persembahan di pusat kesenian dan budaya, dewan besar.
ReplyDeleteNamun saya rasa saya tak berbakat dan meninggalkannya setelah satu semester. Saya tak pasti ke mana perginya kumpulan tersebutselepas itu. Ianya satu pengalaman yang manis untuk bersama mereka yang mempunyai akhlak yang baik dan cenderung dalam seni dan dakwah.
Komen. Terima kasih.