Luka keimanan
by
nahwanNur
- 11:42 AM
Mengikut Al Imam Ar-Rifa'i;
"Tanda keredhaan ALLAH subhanahu wa ta'ala kepada hamba-Nya adalah (dikurniakan-Nya) semangat untuk melakukan ketaatan dan rasa beratnya untuk mengerjakan kemaksiatan."
“Dan peringatkanlah mereka tentang hari-hari Allah, sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi mereka yang amat bersabar lagi bersyukur”
Surah Ibrahim : 5
Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma’afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.
Ali ‘Imran:159
ALLAHumma barik lana fi Rajaba wa Sha'bana wa ballighna Ramadhan.
"Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan"
Bismillah ar Rahman ar Rahim
Entah,
hanya mahu meluahkan,
namun,
malu dengan pandang insan
Entah,
kadang mahu terus simpankan,
namun,
terasa mahu memanfaatkan
Kata orang,
jangan dengar kata orang,
kata hati,
dengarkan tetapi jangan simpan,
buat mengambil pengajaran
Sungguh,
islam itu tidak membebankan,
manualnya untuk insan,
membimbing jiwa menuju keikhlasan
Hati manusia,
Siapakan tahu hitam pekatnya,
Biar terzahir putih sucinya,
Namun rahsia dakapan ALLAH swt
Tuhan,
bukan semua mahu diri luahkan
cuma harapan mampu memberi pengajaran
dalam menghidup syariat Tuhan
Tanpa harapan,
tiada gerakan,
tanpa suara
seakan kosongnya jiwa
Mencoret, terus jua mencatat
Memahami tinta ALLAH Al Wadud
Dari bentangan alamNya
Menari tinta meluah rasa
tiada lain buat meraih jiwa tangga redhaNya
segala-galanya dipersembah buat ALLAH Al Malik
Mencari mardhatillah, dengan mendamba keikhlasan
Moga ikhlas mampu memeluk jiwa hamba