Malu Wanita Dahulu dan Kini
by
nahwanNur
- 7:58 AM
Malu seorang wanita terdahulu
Wajahnya terjaga dari pandangan ajnabi
Dipandang sayang oleh mereka yang berhak
Ahli keluarga suami dan anak
Dijaga dari pandangan mata yang tiada bekeperluan ke atasnya
Bukan rakan taulan lelaki yang tidak terkait
Pergaulan dengan lelaki
Dijaga seperti sebagian maruahnya
Bicaranya bila perlu
Pabila kaitannya dengan agama dan ilmu
Hatinya terikat pada yang berhak
Hatinya patuh pada agama
Hatinya terpelihara sesuai kehendak Ilahi
Bersungguh mengelak maksiat tersembunyi
Kerana tahu Allah maha mengetahui
Juga Memerhati
Kita ditinggal dengan sunnah yang cukup
Dan sirah yang indah
Perwatakan muslimah terdahulu
Yang boleh dijadikan asas
bersesuai dengan zaman
Dengan garis pandu yang jelas
Lalu
Malu wanita kini
Harus tiada bezanya
Perlu wajahnya juga terpelihara dari ajnabi
Walau di layar maya luar dari realiti
Bukankah visual kini tidak terbatas dengan hanya berdepan?
Pergaulan
juga kini perlu di pelihara
Di dalam dunia yang kini kian luas
Bukankah perhubungan itu bukan hanya di alam realiti, bahkan juga dalam dunia yang kini hanya di hujung jari
Wanita zaman kini
Berdepan dengan dua dunia
Yang realiti juga maya
Kerana dunia semakin luas
Maka fitnah juga menjadi sangat luas
Dengan makna dan keadaan yang kita sukar fahami