Bismillah ar Rahman ar Rahim,
Terjenguk-jenguk di gerabak sejak minggu lalu.
Tiketnya ada berlambak, gayanya seperti pusat lambakan terpakai.
Hanya mahu atau tidak, beli atau berkira-kira.
Ramai yang masih berfikir, kata saya...
Beli je terus, lafaz akad... terus sambar.
Siapa yang masih menanti, jangan terkaku lewat.
Sebab gerabak ini tidak menunggu manusia.
Jangan nanti ketinggalan, maka ketawa lah sang iblis kerana terleka
Kamu menanti itu pujuk iblis
Mainan jiwa supaya merasa nanti-nanti
Jom! mahu ikut sekalian manusia yang berlumba menaiki gerabak bulan mulia? silakan ya.
Jangan lupa bungkus segala kelengkapan
Persiapan buat menyinggah-nyinggah di terminal nanti.
Mata saya sudah berkedip,
kata orang, ada orang mahu datang dengan hajat besar, baik!
Saya tidak percaya sepenuhnya kata orang,
Saya percaya kataNya, dan janjiNya,
Yang dijanjikan itu sudah tiba tercipta sedari dulu untuk kita,
AYuh ke gerabak, banyak lagi tempat kosong,
tinggalkan kawan nafsu nafsi, biar syaitan tergolek seorang diri.
di ambil gerabak... terminal 1. Buat-buat sibuk. Nak ikut? Jom di sini..
1. http://www.sacredlearning.org/
2. http://www.tasawwuf.org
3. http://www.zaytuna.org
Kenyataan. Terima kasih kerana membaca :) .
Friday, June 26, 2009
Di ambil Gerabak... Terminal Satu
Monday, June 22, 2009
Di sinilah kembali
Berputar-putar
destinasi di tenung ke hadapan
bukan belakang di pandang sepi
tetapi kukuh sebuah pengharapan
Bertanyalah sang kalian
pada hamba Nya yang seorang ini
apakah susur hidup seorang mukmin
senyap sunyi berpintal di benak
sungguh ku tiada jawapan untuk itu
melainkan sebuah manual yang sudah sarat dengan ilmu
cuma tinggal sang hamba menggali
mengikut mampu di ikat mahu
semuanya atas insan,
satu teks manual satu teks praktikal
telah ALLAH dan pesuruhNya ajari
selagi nafas belum terhenti
biarkan matlamat ke sana yang merajai
Menjiwa insan hamba ILAHI
Setenang dakapan Mardhatillah
Bismillah ar Rahman ar Rahim
Entah,
terkadang hanya mahu meluahkan,
namun,
malu dengan pandang insan
Entah,
kadang mahu terus simpankan,
namun,
terasa mahu memanfaatkan
Kata orang,
jangan dengar kata orang,
kata hati,
dengarkan tetapi jangan simpan,
buat mengambil pengajaran
Sungguh,
islam itu tidak membebankan,
manualnya untuk insan,
membimbing jiwa menuju keikhlasan
Hati manusia,
Siapakan tahu hitam pekatnya,
Biar terzahir putih sucinya,
Namun rahsia dakapan ALLAH swt
Tuhan,
bukan semua mahu diri luahkan
cuma harapan mampu memberi pengajaran
dalam menghidup syariat Tuhan
Tanpa harapan,
tiada gerakan,
tanpa suara
seakan kosongnya jiwa
Mencoret, terus jua mencatat
Memahami tinta ALLAH Al Wadud
Dari bentangan alamNya
Menari tinta meluah rasa
tiada lain buat meraih jiwa tangga redhaNya
segala-galanya dipersembah buat ALLAH Al Malik
Mencari mardhatillah, dengan mendamba keikhlasan
Moga ikhlas mampu memeluk jiwa hamba












